IV Food?

Industri makanan di Malaysia adalah industri yang mempunyai kapasiti yang besar, pelbagai dan berkembang pesat. Melalui kombinasi makanan tradisional dan moden, Malaysia menawarkan pengalaman kulinari yang unik dan menarik bagi siapa pun yang mengalaminya tidak kira dari dalam bahkan luar negara. Bahkan, jika diwar-warkan di media sosial dan youtube terutamanya, malaysia dianggap secara tidak rasmi antara ‘Food Heaven’ atau syurga makanan oleh ramai pelancong luar negara. Youtuber luar negara juga kerapkali bersetuju dengan dakwaan tersebut.

Malaysia dikenali dengan hidangan makanan tradisionalnya seperti Nasi Lemak, Nasi Dagang, Nasi kerabu, Rendang, Laksa, dan banyak lagi. Makanan ini sering dihidangkan di restoran-restoran tradisional atau kedai-kedai makan yang menjaga keaslian cita rasa dan resepi warisan budaya. Tidak setakat itu, industri makanan di Malaysia mencakupi berbagai segmen, mulai dari makanan tradisional Melayu, Cina, India, hingga makanan antarabangsa. Jika dinilai secara umum, makanan-makanan pelbagai etnik majoriti bahkan minoriti, negara kita sudah cukup kaya dengan ratusan atau mungkin ribuan menu-menu dari pecahan kategori (sub-category) makanan yang ada, tidak termasuk lagi makanan gabungan yang terhasil cantuman budaya atau hibrid yang mungkin hanya wujud dan terhasil di Malaysia.

Selain kepelbagaian menu yang bertambah dan bercambah, industri makanan juga semakin berkembang moden dengan teknologi-teknologii baru dan terkini. Ini termasuklah dari penyediaan makanan secara sediaan segar (freshly cooked), kepada makanan segera (fast food) bahkan kepada teknologi pembungkusan makanan juga telah berkembang, antaranya pembungkusan makanan sedia dimakan, atau separuh sedia seperti rencah atau ‘paste’, juga kepada teknologi makanan yang dapat di simpan lama sehingga 2 tahun dan sedia dimakan bila diperlukan.

Industri makanan di Malaysia bernilai mencecah ratusan billion ringgit, adalah merupakan satu industri yang amat besar. Bahkan menurut akhbar, industri makanan halal Malaysia itu sahaja bernilai RM500 Billion per tahun. Jadi bertitik tolak dari sini, kami IV Food Sdn Bhd juga dengan ini mencuba masuk kedalam industri ini secara serius bermula sejak awal 2023!

Marilah bersama kami! 

ivf-logo

IV Food Sdn. Bhd. 
No 36, Tingkat Bawah,
Pusat Perniagaan Senawang,
Taman Tasik Jaya,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan

+6017-982 0373

admin@ivfood.my

© 2023 All Right Reserved by IV Food Sdn Bhd. IV Synergy Sdn Bhd.